Labels

Wednesday, 13 February 2013


Sejarah Awal Sekolah

Sekolah ini terletak di Kampung Melati, Burut Estate, Merotai. Ianya dibuka pada 10 April 1961 dengan 2 bilik darjah dan sebuah pejabat sekolah di bawah kelolaan En. Wilson Wong Tet Kwai. Seramai 39 orang murid telah memulakan persekolahan di sekolah ini. Pada 27 Jun 1961, sekolah ini telah didaftarkan dengan Bil.E52 di bawah "Education Ordinan No. 10 of 54". Memandangkan sekolah ini di bawah kelolaan pihak BAL (Borneo Abaca Limited) maka segala keperluan yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah ini dibiayai oleh pihak BAL Plantation dan sebagai pulangannya murid diwajibkan membayar yuran setiap penggal sebanyak RM3.00.

Bagaimana Sekolah Ini Mendapat Nama?

Pada awal pembukaan, sekolah ini dinamakan SRJK Burut sempena mengambil nama kampung tempat letaknya sekolah ini. Pada tahun 1992, kampung baru telah dibuka di kawasan Burut. Pada waktu itu juga, banyak pokok bunga Melati ditanam oleh penduduk kampung tersebut. Oleh itu, kampung tersebut dinamakan Kampung Melati. Berikutan dengan itu, nama SRJK Burut juga telah ditukar kepada SRK Melati.

Penambahan Bangunan

Pada tahun 1978 sebanyak 4 bilik darjah baru telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Pertambahan ini menjadikan sekolah mempunyai 6 bilik darjah. Kemudahan tersebut akhirnya tidak dapat menampung jumlah 260 orang murid pada tahun 1988 sehingga pihak sekolah terpaksa mambahagikan bilik darjah Tahun 1 kepada dua kelas untuk menampung jumlah murid. Untuk mengatasai masalah tersebut, pihak sekolah telah memohon menggunakan panggung wayang sebagai bangunan tambahan dengan pembukaan 2 bilik darjah. Antara tahun 1988 hingga 1999 penambahan murid dan keperluan kepada bilik khas seperti Pusat Sumber menyebabkan bilik darjah dipanggung wayang diubahsuai untuk menempatkan 5 bilik darjah didalamnya. Pusat Sumber sekolah dibuka dengan rasminya pada 3 Jun 1988 dan beroperasi sehingga kini. Awal Febuari 2001, pihak pegurusan sekolah menubuhkan Kelas Pemulihan untuk mengatasi masalah 3M di kalangan murid.
   
SENARAI NAMA BEKAS GURU BESAR DAN PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN MELATI
DARI TAHUN 1961 HINGGA KINI 2013

BIL
NAMA GURU BESAR
TEMPOH BERKHIDMAT
1.
En. Wilson Wong Tet Kuai
10 April 1961 –
31 Disember 1967
2.
En. Riz Hj. Mantzan
01 Januari 1968 –
17 Oktober 1968
3.
En. Chok Lee Moi
18 Oktober 1968 –
31 Disember 1968
4.
En. Wilson Wong Tet Kuai
01 Januari 1969 –
30 Jun 1980
5.
En. A. Hamblee Roslee
01 Julai 1980 –
31 Oktober 1981
6.
En. Mohamad Samaluddin
01 November 1981 –
02 Januari 1988
7.
En. Kopong Olla
03 Januari 1988 –
18 Januari 1988
8.
En. Awangu Tahir Pg. Aman
19 Januari 1988 –
29 Jun 1992
9.
Tuan Hj. Kopong Olla
30 Jun 1992 –
04 Disember 1993
10.
Pn. Perijoh Adam
05 Disember 1993 –
06 April 2000
11.
En. Suriatno Wilhelmus
07 April 2000 –
02 Jun 2000
12.
En. Sulaiman Wabi
03 Jun 2000 –
Sekarang 2013

No comments:

Post a Comment